- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
324
Juruteknik dan Pembantu Veterinar
Kumpulan Unit
3241
Juruteknik dan Pembantu Veterinar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3241-06
Bandingkan
Pembantu Veterinar Gred G1 bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Kompleks Abatoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC), Pusat Ternakan Haiwan (PTH) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan perladangan.
Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan, menjalankan program penyelidikan haiwan, program pembiakbakaan ternakan dan program pelalian penyakit ternakan, membantu proses pembedahan (bedah siasat) termasuk memproses spesimen serta menjadi pegawai sumber dan tenaga pengajar dalam bidang veterinar.
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan kesuburan, kesesuaian, dan kesihatan haiwan untuk pembiakbakaan serta pengeluaran ternakan.
Memantau prestasi pembiakan, pengeluaran haiwan, dan tahap kesihatan haiwan di lapangan.
Melaksanakan Program Pengembangan Veterinar (PPV) untuk meningkatkan hasilan industri dan pembangunan ternakan huluan serta hiliran.
Memantau premis usahawan produk ternakan, loji pemprosesan, rumah sembelih, kompleks abatoir, PPIT, dan Pusat Pengembangan Veterinar (VetEC) untuk kepastian kualiti, keselamatan, dan kebersihan.
Menjalankan survelen, persampelan, dan audit premis, produk ternakan, makanan haiwan, dan dokumentasi termasuk sijil kesihatan pemindahan ternakan.
Melaksanakan program kawalan, pencegahan, pembasmian penyakit haiwan zoonotik, serta program vaksinasi haiwan.
Menggunakan teknologi dan inovasi baharu untuk meningkatkan keberkesanan kerja di lapangan.
Menyelaras pemilihan dan pengagihan ternakan bantuan kerajaan kepada penternak dan golongan sasaran.
Mengelola dan menyelia PPIT, kompleks abatoir, VetEC, Kawasan Tumpuan Sasaran (KTS), dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.
Menyediakan bancian, mengemaskini data, dan menyediakan laporan tahunan serta kedudukan dan maklumat industri ternakan termasuk unggas, ladang, dan penternak.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan pendapat dan khidmat nasihat secara profesional, tepat dan informatif.
Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Pengetahuan dalam keselamatan produk ternakan serta peraturan dan undang-undang veterinar.
Pengetahuan dan kemahiran dalam amalan penternakan yang baik, kesejahteraan dan kebajikan haiwan.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal amalan perubatan veterinar.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.