Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2915-01
Bandingkan
Pegawai Kanan Polis Gred menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Tugasan
Mentadbir, mencegah jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara.
Menganalisis laporan polis yang telah lengkap untuk menentukan maklumat tambahan dan kerja penyiasatan apa yang diperlukan.
Mendapatkan fakta atau kenyataan daripada aduan, saksi, dan orang tertuduh dan merakamkan temu ramah dengan menggunakan alat perakam.
Mendapatkan ringkasan kemalangan daripada pegawai yang bertugas di tempat kejadian dengan berhati-hati agar tidak mengganggu bukti.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.