- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2911
Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2911-01
Bandingkan
Perunding Imigresen
Perunding Imigresen menyediakan panduan dan sokongan kepada individu yang ingin berpindah ke negara lain. Mereka memberi nasihat tentang keperluan visa, permit dan undang-undang imigresen, membantu menyediakan dan mengemukakan permohonan, berhubung dengan pihak berkuasa imigresen dan memastikan pematuhan dengan semua kewajipan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Tugasan
Memberi nasihat kepada klien tentang laluan visa dan imigresen yang sesuai berdasarkan kelayakan dan keadaan mereka.
Menyediakan, menyemak dan mengemukakan permohonan visa serta dokumen sokongan.
Memantau perubahan dalam undang-undang, peraturan dan prosedur imigresen.
Membimbing klien melalui penyediaan dokumen, keperluan temu duga dan prosedur permohonan.
Mewakili klien dalam komunikasi dengan pihak berkuasa imigresen serta menjawab pertanyaan atau isu berkaitan kes.
Mengesahkan ketulenan dan kelengkapan borang permohonan serta dokumen sokongan.
Mengekalkan rekod terperinci bagi setiap kes klien, dokumentasi dan kemajuan permohonan.
Kemahiran
Asas
Berkomunikasi dengan jelas dan profesional termasuk komunikasi berbilang bahasa,untuk menerangkan proses dan keperluan imegresen.
Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan dan kebimbangan pelanggan.
Menggunakan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah untuk menangani isu imegresen yang kompleks.
Mengurus masa dan mengatur pelbagai kes dengan cekap.
Menunjukkan perhatian terhadap perincian untuk dokumentasi yang tepat dan pematuhan peraturan.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan maklumat sulit berkaitan kes imigresen.
Kecekapan dalam menyediakan dan mengemukakan permohonan imigresen.
Kecekapan dalam pentadbiran fail kes imigresen dan pengurusan rekod.
Keupayaan untuk berurusan dengan pihak berkuasa imigresen berkaitan hal kes.
Keupayaan untuk menasihati klien tentang laluan visa dan imigresen yang sesuai.
Keupayaan untuk menjalankan penyelidikan perundangan dan prosedural berkaitan perkara imigresen.
Pengetahuan mendalam tentang perundangan imigresen dan dasar visa.
Pengetahuan tentang istilah perundangan dan prosedur imigresen.
Pengetahuan tentang keperluan dan prosedur pematuhan imigresen.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.