Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2611-05
Bandingkan
Pegawai Undang-Undang Perkhidmatan Kerajaan
Pegawai Undang-Undang Perkhidmatan Kerajaan memberi nasihat perundangan yang berhubung dengan pelbagai perkara kepada pelanggannya dan membuat rayuan kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah, atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi.
Tugasan
Menyelia dan mentadbir cawangan-cawangan biro bantuan guaman, mendraf penyata tuntutan, pernyataan pembelaan, petisyen, afidavit, memberi nasihat undang-undang kepada pelanggan yang layak, mewakili pelanggan dalam perbicaraan di mahkamah rayuan, mahkamah tinggi, mahkamah majistret dan mahkamah syariah.
Mengendalikan mahkamah syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai hakim mahkamah rendah syariah, membuat persediaan ground of judgement kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam jurnal undang-undang syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.
Mendraf undang-undang dan menyediakan peraturan kerajaan berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Memberi nasihat perundangan berhubung dengan pelbagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan menjalankan urusan perundangan bagi pihak pelanggan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.