Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2321
Bandingkan
Guru Pendidikan Vokasional
Guru Pendidikan Vokasional mengajar atau menunjukcara bagi mata pelajaran vokasional di institusi pendidikan, di sekolah menengah dan kolej. Mereka menyediakan pelajar untuk memasuki alam pekerjaan atau bidang pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan pengajian di peringkat universiti atau pengajian tinggi.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan/ dicadangkan.
Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja sekolah dan disiplin pelajar.
Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar.
Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan guru lain dan ibu bapa.
Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan dan persidangan dan bengkel pendidikan.
Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.