Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
8181
Bandingkan
Operator Loji Kaca dan Seramik
Operator Loji Kaca dan Seramik mengendalikan dan mengawasi tanur, relau dan jentera serta peralatan lain yang digunakan dalam pembuatan kaca, seramik, porselin, jubin, atau bata. Mereka mengendalikan mesin untuk menyepuh lindap, mengeraskan, atau menghias kaca dan seramik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan dan mengawasi relau membuat kaca untuk membuat kaca dengan meleburkan dan melakurkan ramuan yang telah dicampurkan terlebih dahulu.
Menjaga kelengkapan penyembur hujung panas atau sejuk yang digunakan untuk menyalut barangan kaca dengan pengeras permukaan.
Mengendalikan dan menyelenggara mesin yang menekan atau meniup kaca lebur di dalam acuan untuk membuat atau membentuk bekas, seperti botol, balang, dan gelas.
Mengendalikan mesin penekan tangan untuk membentuk kaca mengikut bentuk yang dikehendaki.
Mengendalikan tanur penarik untuk memproses kaca lebur menjadi kepingan kaca selanjar yang rata.
Mengendalikan dan mengawasi loji pengeluaran kaca apung.
Mengendalikan dan menyelenggara mesin pengemas untuk mengisar, menggerudi, menghaluskan, memotong serong, menghias, membasuh atau menggilap kaca atau produk kaca.
Mengeset dan mengendalikan mesin penekan untuk membentuk barangan seramik daripada tanah liat lembap.
Mengendalikan mesin untuk membancuh tanah liat dengan air untuk mengulinya menjadi bentuk plastik atau separa cecair yang sesuai untuk membuat produk seramik.
Mengendalikan dan mengawasi tanur untuk membakar barang tembikar, barang porselin serta membakar bata dan jubin.
Mengendalikan dan mengawasi mesin untuk menyedur atau melelas.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menyemperit kaca lebur untuk membuat filamen kaca gentian.
Memeriksa produk siap untuk mengenal pasti rekahan, retak, pecah, warna, dan ketidaksempurnaan yang lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.