Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
6111-04
Bandingkan
Penyelia Ladang menyelia dan menyelaras operasi harian di kawasan ladang, termasuk penanaman tanaman, penuaian, pengurusan tapak semaian, dan penyelenggaraan am ladang. Peranan ini melibatkan mengarah dan mengagihkan tugas kepada pekerja, merancang dan memantau aktiviti seperti penanaman, pembajaan, merumput, dan pemangkasan, serta memastikan kerja dilaksanakan mengikut piawaian operasi, keselamatan, dan alam sekitar. Penyelia juga menyelenggara rekod aktiviti ladang, memantau keadaan tanaman dan anak benih, serta melaporkan kemajuan kepada pengurusan ladang bagi menyokong produktiviti dan pengurusan ladang yang cekap.
Tugasan
Menyelia dan menyelaras operasi harian ladang, termasuk aktiviti penanaman, penyelenggaraan dan penuaian.
Mengagihkan kerja, membimbing pekerja ladang dan tenaga kerja luar serta memastikan kerja dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.
Memantau kesihatan tanaman, hasil dan kualiti serta menyelia kawalan perosak dan aktiviti agronomi rutin.
Memastikan teknik penuaian yang betul dan tahap kematangan tanaman mengikut standard ladang.
Menyelia penggunaan baja yang betul termasuk kadar, kaedah dan liputan.
Memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar dan menggalakkan amalan kerja yang selamat.
Menjaga kebersihan ladang termasuk kawalan rumpai, pengurusan sisa dan penyelenggaraan umum kawasan ladang.
Menyelia penggunaan serta penyelenggaraan asas peralatan, jentera, kelengkapan dan infrastruktur ladang.
Menyediakan dan menyelenggara rekod operasi serta menyerahkan laporan kepada pihak pengurusan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja di luar dengan stamina fizikal dan menyimpan rekod aktiviti ladang yang tepat.
Kemahiran kepimpinan dan penyeliaan yang mantap untuk mengufrus pekerja ladang dan mengekalkan produktiviti.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk berinteraksi dengan pekerja, penyelia dan pihak pengurusan.
Kemahiran menyelesaikan masalah dan organisasi untuk memastikan operasi harian yang lancar dan menangani isu kerja.
Pemahaman asas tentang operasi ladang, termasuk aktiviti penanaman, kerja lapangan dan penggunaan jentera.
Khusus
Kebolehan mengenal pasti isu tanaman dan melaksanakan tindakan pembetulan dengan berkesan.
Kecekapan dalam menyediakan laporan, menyelenggara rekod dan mengurus data menggunakan perisian yang berkaitan.
Kemahiran dalam mengendalikan, menyelenggara dan menyelesaikan masalah jentera serta peralatan ladang.
Pengetahuan dalam amalan pertanian lestari serta pematuhan keselamatan dan peraturan alam sekitar.
Pengetahuan dalam operasi keseluruhan ladang dan pengurusan tanaman.
Pengetahuan dalam pengurusan perosak dan penyakit tanaman.
Pengetahuan dalam pengurusan tanah, pengairan dan pembajaan.
Pengetahuan dalam prinsip asas pertanian dan amalan ladang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.