- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
54
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Kecil
541
Pekerja Perkhidmatan Perlindungan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5419-12
Bandingkan
Pembantu Pendaftaran Gred KP1
Pembantu Pendaftaran Gred KP1 bertanggungjawab melaksanakan aktiviti, urus niaga utama di peringkat bahagian/negeri/daerah/cawangan dengan memastikan operasi bahagian mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952), Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adoption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).
Tugasan
Menerima dan memproses permohonan MyKad, pendaftaran kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, penceraian dan kewarganegaraan.
Memastikan semua dokumen diisi dengan lengkap dan teratur.
Memberi penjelasan/ jawapan terhadap aduan daripada pelanggan dan Biro Pengaduan Awam dan lain-lain agensi kerajaan.
Mengumpul dan menyimpan laporan bulanan/ tahunan bagi semua urus niaga pejabat JPN/ Daerah.
Mengeluarkan dokumen rasmi seperti MyKad, surat litup, MyKid, sijil kelahiran, kematian, kad pengenalan, dan surat panggilan untuk ujian Bahasa Melayu.
Bertanggungjawab dalam urusan kewangan/laporan kutipan hasil.
Menyelenggara permohonan cabutan dan carian kelahiran dan kematian biasa dan lambat di kaunter.
Menerima dan memproses kes yang dilaporkan dari semua agensi kerajaan dan orang awam.
Menerima, menyemak dan menyimpan rekod-rekod yang diterima dari bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan sebagai simpanan kekal.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
5419-01
Warden Permainan
5419-02
Penyiasat Perindustrian
5419-03
Penyelia Rekreasi
5419-04
Penyelamat
5419-05
Pengawal Trafik
5419-06
Warden Kawalan Haiwan
5419-07
Detektif Persendirian
5419-08
Pembantu Pegawai Faedah Sosial
5419-09
Pembantu Pegawai Pelesenan
5419-10
Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Gred T1
5419-11
Pembantu Penguatkuasa Gred KP1
5419-12
Pembantu Pendaftaran Gred KP1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.