Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5415-02
Bandingkan
Pembantu Penguasa Kastam Gred WK1 (Pembantu Pegawai Penguatkuasa Jabatan/Pembantu Pegawai Eksekutif Jabatan)
Pembantu Penguasa Kastam Gred WK1 (Pembantu Pegawai Penguatkuasa Jabatan/Pembantu Pegawai Eksekutif Jabatan) memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
Tugasan
Mendaftar borang dan dokumen kastam untuk import, eksport, eksais, petroleum dan cukai jualan/perkhidmatan.
Memeriksa barang-barang berduti.
Membantu pungutan duti/cukai..
Membuat pelepasan barangan.
Menyemak dan memproses permohonan pelesenan untuk industri, penggudangan, eksais dan cukai.
Memeriksa penumpang-penumpang dan kenderaan yang keluar/ masuk Malaysia.
Membantu operasi penguatkuasaan Pencegah Penyeludupan seperti rondaan, sekatan jalan raya, serbuan dan intipan.
Menyaksikan pemusnahan sisa-sisa bahan mentah.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa-bahasa lain selain Bahasa Malaysia.
Berkemahiran menggunakan komputer dalam menjalankan tugas.
Berupaya memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan segera.
Khusus
Kefahaman terhadap Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan.
Kefahaman terhadap Akta-Akta, Perintah, Peraturan dan arahan jabatan berkaitan tugas.
Kemahiran menggunakan alat-alat perhubungan.
Kemahiran menggunakan senjata api.
Kemahiran menyelenggara dan mengendalikan alat komunikasi.
Pengetahuan asas dalam pengendalian mesin resit.
Pengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan, Perintah Tetap Kewangan dan pekeliling berkaitan.
Pengetahuan mengenai pemeliharaan dan pengendalian anjing pengesan dadah.
Pengetahuan yang mendalam mengenai prosedur kerja yang dilaksanakan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.