- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
51
Pekerja Perkhidmatan Peribadi
Kumpulan Kecil
512
Tukang Masak
Kumpulan Unit
5121
Tukang Masak
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5121
Bandingkan
Tukang Masak
Tukang Masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan mengikut resepi atau di bawah pengawasan jurumasak di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain di atas kapal, di dalam kereta api penumpang, rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan yang lain.
Tugasan
Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan.
Memeriksa kualiti makanan.
Menunjukkan teknik dan memberi nasihat tentang prosedur memasak.
Merancang, menyelia dan menyelaraskan kerja pembantu dapur.
Memastikan kebersihan pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja.
Menganjurkan promosi makanan.
Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan memasak, menyediakan bahan masak, memelihara kebersihan peralatan dan kawasan dapur, dan memastikan peralatan dapur disimpan dan dikunci.
Memastikan amalan keselamatan dan sanitasi pengendalian makanan dipatuhi.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.