Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4419-08
Bandingkan
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S1
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S1 bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Tugasan
Aspek Tenaga Kerja
a. Membantu melaksanakan pemeriksaan berkanun, pemeriksaan ladang dan pemeriksaan penginapan pekerja;
b. Membantu menerima, menyemak dan merekod aduan daripada pelanggan;
c. Membantu menyemak, memproses dan mengadakan lawatan penyiasatan untuk permohonan permit-permit perburuhan; dan
d. Membantu menyiasat permohonan serta membantu mengawalselia aktiviti-aktiviti berkaitan Agensi Pekerjaan Swasta.
Aspek Pengurusan dan Penyelarasan Aktiviti Jabatan
a. Membantu melaksanakan program-program yang anjuran Jabatan;
b. Membantu pengurusan dokumentasi, rekod, stor, dan aset; dan
c. Membantu pengurusan kakitangan dan pejabat.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan membuat keputusan.
Berkebolehan menggunakan perisian komputer.
Mempunyai kemahiran komunikasi berkesan dengan rakan sekerja, pemain industri dan orang awam.
Khusus
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam undang-undang perburuhan negara dan undang-undang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.