- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
44
Pekerja Sokongan Perkeranian Lain
Kumpulan Kecil
441
Pekerja Sokongan Perkeranian Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4419-07
Bandingkan
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 bertanggungjawab untuk membantu melancarkan perjalanan aktiviti di masjid/surau termasuk pengurusan pentadbiran masjid, solat lima waktu dan penganjuran program, kuliah, tazkirah dan ceramah. Menerima arahan dan menjalankan tugas dari aspek pembangunan keluarga, penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dan dakwah.
Tugasan
Mengemaskinikan jadual waktu solat dan azan serta mengalunkan azan dan iqamat tepat pada waktunya.
Mengimamkan solat lima waktu mengikut jadual giliran yang diarahkan oleh Imam Besar/ Pengarah.
Menyediakan teks khutbah Solat Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya serta menyampaikan tazkirah.
Membantu menguruskan pelantikan dan perlucutan jawatankuasa masjid serta pentadbiran tanah perkuburan.
Menjaga kebersihan, keselamatan harta dan kelengkapan masjid/ surau, termasuk pemantauan kontraktor.
Membantu dalam urusan perkahwinan, perceraian, rujuk dan sesi kaunseling individu/ keluarga.
Menjalankan penguatkuasaan undang-undang Syariah, termasuk rondaan, risikan, waran geledah dan hadir ke mahkamah sebagai saksi.
Mengurus proses pengislaman, pendaftaran saudara muslim baru, kelas Fardhu Ain dan pengukuhan akidah.
Membantu menguruskan pelbagai program pengembangan ilmu Islam di kalangan masyarakat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
4419-01
Pembantu Pakaian
4419-02
Kerani Keselamatan
4419-03
Pembantu Pegawai Eksais
4419-04
Pembantu Operasi
4419-05
Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L1, L2, L3, L4
4419-06
Pembantu Syariah Gred LS1
4419-07
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1
4419-08
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S1
4419-09
Pembantu Penilaian Gred W1
4419-10
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1
4419-11
Pembantu Antidadah Gred S1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.