Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4411-02
Bandingkan
Pembantu Pustakawan Gred S1 [Tanggungjawab perlu disesuaikan dengan peringkat kedudukan pegawai tersebut] Membantu, mengendali dan menyelia pendokumentasian bahan perpustakaan; Membantu, mengendali dan menyelia kerja kewangan perpustakaan; Membantu, mengendali dan menyelia sumber maklumat yang diperlukan oleh pengguna; Membantu, mengendali dan menyelia penggunaan aplikasi ICT perpustakaan; Membantu, mengendali dan menyelia promosi perkhidmatan perpustakaan; Membantu, mengendali dan menyelia susun atur bahan perpustakaan; Membantu, mengendali dan menyelia perkhidmatan sirkulasi dan rujukan; Membantu, mengendali dan menyelia dalam urusan perolehan bahan perpustakaan; dan Membantu, mengendali dan menyelia statistik perpustakaan.
Tugasan
Membantu dan membuat pesanan bahan perpustakaan yang dicadangkan oleh pegawai atau penyelia;
Membantu menyediakan katalog dan indeks ringkas semua bahan perpustakaan;
Menguruskan dan mengendali urusan kewangan perpustakaan;
Membantu dan mengendalikan rekod perolehan dan pembayaran bahan perpustakaan;
Menjawab pertanyaan rujukan mudah mengenai bahan yang ada di perpustakaan;
Bertanggungjawab penggunaan aplikasi ICT perpustakaan;
Mengendali potongan akhbar/ artikel berkaitan dengan subjek yang berkaitan dengan Jabatan;
Merekod semua pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan;
Mengumpul dan menyediakan laporan statistik perpustakaan;
Bertanggungjawab dalam urusan pemuliharaan dan keselamatan sumber Perpustakaan;
Mengurus penjilidan bahan perpustakaan; dan
Tugas-tugas lain yang diarah oleh Pustakawan/Ketua Jabatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan ICT.
Kepimpinan yang berkesan.
Komunikasi berkesan.
Mampu membina jaringan hubungan dengan pelbagai kumpulan.
Penguasaan asas Bahasa Inggeris.
Penguasaan Bahasa Melayu yang baik.
Penyeliaan yang proaktif.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.