Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4225
Bandingkan
Kerani Pertanyaan
Kerani Pertanyaan melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan dan dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk pelanggan kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon.
Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, dan membantu pelanggan/tetamu yang berurusan sehingga isu berbangkit selesai.
Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa dalam menyelesaikan aduan pelanggan/tetamu.
Menjawab pertanyaan tentang perkhidmatan dan dasar, serta menyediakan maklumat tentang kemudahan yang disediakan, lokasi, harga dan isu yang berkaitan.
Menerima, melayan dan merekodkan pertanyaan tentang masalah dan aduan.
Merujukkan pertanyaan yang rumit kepada ketua pasukan atau pakar penasihat.
Mengeluarkan borang yang berkaitan, kit maklumat dan brosur kepada pihak yang berminat.
Melayani tugas-tugas kaunter dan pertanyaan umum.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.