Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4224
Bandingkan
Penyambut Tetamu
Penyambut Tetamu menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur temu janji, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau organisasi yang seumpamanya.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menerima dan mengalu-alukan pelawat, tetamu, pelanggan atau pesakit.
Membuat temu janji untuk pelanggan atau pesakit.
Melayani permintaan maklumat atau temu janji yang dibuat melalui telefon.
Menyusun dan menyemak akaun tetamu bagi sebarang perubahan dengan menggunakan sistem berkomputer atau manual.
Menerima dan memanjangkan pesanan secara bersemuka atau menggunakan telefon atau papan suis telefon.
Menyelenggara inventori bilik yang ada untuk diduduki, menyelenggara tempahan, dan pengagihan bilik.
Mendaftarkan tetamu yang tiba, menentukan bilik, mengesahkan kredit pelanggan, dan memberi kunci bilik.
Menyediakan maklumat tentang kemudahan yang disediakan dan membuat tempahan bilik.
Melayani permintaan tetamu yang memerlukan perkhidmatan pengemasan dan penyelenggaraan serta melayani aduan.
Menyemak penyata caj kepada tetamu yang mendaftar keluar dan menerima bayaran.
Membekalkan risalah maklumat, brosur, atau borang.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.