- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
41
Kerani Pejabat
Kumpulan Kecil
411
Kerani Am Pejabat
Kumpulan Unit
4111
Kerani Am Pejabat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4111-06
Bandingkan
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1 bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti- aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, membuat lawatan ke premis-premis perniagaan bagi menjalankan pemeriksaan ke atas Sijil Akuan Perniagaan serta menyediakan laporan pemeriksaan tersebut, menjalankan aktiviti projek-projek integrasi, menyiasat kes-kes pelanggaran akta, dan memberi khidmat nasihat kepada kumpulan sasar mengenai hala tuju industri.
Tugasan
Menjalankan lawatan pemantauan, tinjauan, survei pengeluaran dan stok bahan mentah/komoditi.
Memproses lesen, memantau pengeluaran benih, dan mengedarkan bahan mentah/komoditi.
Memantau piawaian mutu dengan SIRIM/Jabatan Standard, mengesahkan kualiti produk kraf dan membantu pembangunan standard.
Membantu Pereka/tenaga pengajar dalam pengajaran, modul, kurikulum, kit mengajar, peperiksaan dan penilaian serta memantau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Menguruskan proses pembelian (mendapatkan sebut harga penyediaan inden, LO dan memproses untuk pembayaran).
Mengurus kewangan/akaun pejabat wilayah dan membuat laporan kepada ibu pejabat.
Mengumpul, mengemaskinikan dan menyimpan maklumat dan data-data mengenai industri bahan mentah/ komoditi tempatan dan luar negeri sebagai sumber input data/ maklumat untuk penyediaan kertas-kertas/ laporan industri berkaitan.
Mengurus fail, dokumen, surat-menyurat, indeks dan doket, serta memastikan keselamatan, penyelenggaraan dan pengemaskinian rekod.
Menyedia dan merekod urusan perjawatan, gaji, elaun, cuti, penilaian prestasi dan persaraan.
Membuat pemeriksaan di pusat pemasaran dan premis pengendalian dan penyimpanan bahan mentah/ komoditi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan menggunakan komputer.
Khusus
Berkebolehan dalam perakaunan asas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.