Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3719-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Siasatan Gred P5 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menjalankan siasatan kes di bawah APR 1997 dan AMLATFA 2001 termasuk aduan, temubual pengadu, operasi siasatan, pembongkaran, penyitaan, rakaman pernyataan saksi dan OTT.
Melaksanakan money trail, asset tracing, semakan dokumen kewangan serta forensik perakaunan, kejuruteraan dan komputer bagi mengesan rasuah.
Menyediakan kertas siasatan, fakta kes, summary of evidence, prosecution brief serta melaksanakan penahanan, soal siasat dan pelepasan OTT.
Mengurus pendakwaan termasuk penyediaan LBPR, pertuduhan di mahkamah, urusan sapina, dan laporan kes.
Menyampaikan ceramah, melaksanakan dan menyelaras program pendidikan masyarakat, penerapan nilai integriti serta program pelajar dan kemasyarakatan.
Menjalankan pemeriksaan dan perundingan terhadap dasar, undang-undang, sistem dan tatacara jabatan kerajaan serta menyediakan Laporan Pemeriksaan dan Pemantauan.
Memberi khidmat nasihat pencegahan rasuah kepada jabatan kerajaan, pelanggan dalaman dan membantu Pegawai Perunding dalam penambahbaikan sistem.
Menyediakan anggaran bajet program-program pencegahan rasuah diperingkat bahagian.
Menyelaras dan melaksanakan program latihan, kursus forensik, fasilitasi, penyelidikan latihan serta urusan kerjasama dan lawatan dalam dan luar negara.
Membantu pengurusan keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan peribadi serta melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan termasuk penugasan Parlimen.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menganalisis isu.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Khusus
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menganalisis isu.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Specialised skills such as engineering, accounting, and ICT.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.