Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3716-03
Bandingkan
Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5
Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP5 bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada agensi kerajaan dan Sasaran Penting serta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan termasuk sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.
Tugasan
Merancang, merumus, menyelaras, melaksana, memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan sistem kawalan keselamatan aset meliputi fizikal, dokumen dan personel mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) serta Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting.
Menyelaras dan memberi khidmat nasihat keselamatan rahsia rasmi, dokumen dan maklumat rasmi serta menjalankan inspektorat, siasatan dan penilaian kelemahan keselamatan.
Menyelaras keselamatan personel termasuk sistem tapisan, pengurusan penjawat awam memegang jawatan Keselamatan Berjadual, siasatan pelanggaran keselamatan peribadi dan latihan keselamatan berterusan.
Menyelaras keselamatan fizikal termasuk dasar kelengkapan dan peralatan, pengeluaran pas keselamatan, kad jabatan, dan akreditasi persidangan.
Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-Jabatan Kerajaan berkaitan masalah- masalah keselamatan.
Menjalankan inspektorat dan menyiasat kes-kes pelanggaran keselamatan dan kebocoran rahsia kerajaan.
Menyelaras dasar keselamatan ICT, program kesedaran keselamatan, penyelidikan pembangunan ICT serta keselamatan fizikal dan persekitaran pusat maklumat.
Menyelaras pengurusan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan, memberi latihan kepada penghuni dan membantu pelaksanaan program Tim Naziran.
Mengkaji, menilai dan mengesyorkan tindakan pembetulan terhadap kelemahan keselamatan di semua aspek.
Menyediakan laporan teknikal berkaitan pemilihan dan pelantikan perkhidmatan syarikat kawalan swasta.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan menganalisis data serta menulis dan menyediakan laporan berkualiti dengan cepat dan berkesan.
Berkebolehan mengenal pasti permasalahan dan menyediakan penyelesaian dengan betul kepada pelanggan.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Khusus
Berpengetahuan luas dalam bidang keselamatan perlindungan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.