Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-19
Bandingkan
Penerbit Rancangan Gred B7 (Pengarah Lakon)
Penerbit Rancangan Gred B7 (Pengarah Lakon) bertanggungjawab menjalankan tugas dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan dengan cekap dan berkesan serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pegawai dalam kumpulan Bakat dan Seni di Cawangan PENTARAMA
Tugasan
Merancang format persembahan PENTARAMA supaya menepati piawaian jabatan termasuk format persembahan tahunan dan juga format persembahan bulanan.
Memastikan perancangan persembahan dapat dilaksanakan mengikut format yang telah ditetapkan.
Menyediakan laporan bulanan dan tahunan bagi keseluruhan pelaksanaan program yang telah dijalankan.
Merancang dan menyediakan program skrip Cawangan PENTARAMA sepanjang tahun.
Menyusun strategi dan menyemak olahan skrip persembahan supaya menepati kehendaki jabatan.
Merancang dan meneliti mesej-mesej terkini dan bersesuaian untuk diolah di dalam skrip persembahan.
Merancang peruntukan kewangan (bajet tahunan) yang diperlukan dalam sesebuah produksi persembahan PENTARAMA.
Menyelaras dan memantau prestasi serta kerja-kerja yang dijalankan oleh semua pegawai Kumpulan Bakat dan Seni.
Menyelaras program pembangunan diri, motivasi, kaunseling dan kerjaya semua pegawai Kumpulan Bakat dan Seni.
Merancang, menyelia dan melaksanakan kajian tentang keberkesanan persembahan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan peka terhadap keperluan hiburan semasa.
Khusus
Berkebolehan membuat perancangan dan menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan menganalisa mesej atau dasar kerajaan untuk diterjemahkan dalam bentuk persembahan pentas.
Berpengetahuan luas dalam bidang seni hiburan tanah air.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.