Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3633-04
Bandingkan
Pembantu Muzium Gred S1
Pembantu Muzium Gred S1 bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan sebagainya.
Tugasan
Membantu dalam penyelidikan di lapangan dan perpustakaan bagi memperolehi data dan maklumat berkaitan dengan kajian.
Menyimpan dan mengendalikan peralatan penyelidikan di lapangan dan makmal kajian.
Memastikan hasil penyelidikan disimpan secara sistematik.
Membantu dalam kerja-kerja penyediaan pameran tetap, sementara, khas dan bergerak.
Membuat kerja-kerja pendaftaran artifak jabatan.
Membantu melaksanakan program outreach dan inreach peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran, urusan perkhidmatan, kursus pegawai dan staf serta kewangan jabatan.
Membantu dalam urusan penyediaan bahan kepada penyelidik dan para pelajar yang memerlukan khidmat penyelidikan, penyediaan tesis atau sesi fotografi.
Bertanggungjawab ke atas kebersihan, keselamatan dan susun atur bahan-bahan yang dipamerkan di balai pameran.
Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan keselamatan serta kebersihan di repositori koleksi jabatan.
Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja konservasi koleksi jabatan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berpengetahuan dalam aspek material culture dan berkebolehan menilai artifak dari segi ketulenan dan nilai sejarah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.