Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3622
Bandingkan
Jurulatih, Pengajar, dan Pegawai Sukan
Jurulatih, Pengajar, dan Pegawai Sukan bekerja dengan ahli sukan amatur dan profesional untuk meningkatkan prestasi, menggalakkan penyertaan sukan yang lebih banyak, dan menyusun serta merasmikan acara sukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan atlet atau pasukan.
Merancang dan menjalankan sesi latihan.
Merancang dan menyelaraskan jadual dan program.
Memberi motivasi dan membantu atlet atau pasukan sebagai persediaan dalam pertandingan.
Memberi formulasi dan strategi kompetitif, merancang permainan dan mengarahkan atlet dan pemain semasa dalam permainan atau dalam acara sukan.
Menganalisis dan menilai prestasi atlet atau pasukan dan mengubahsuai program latihan.
Memantau dan menganalisis teknik dan prestasi, dan menentukan bagaimana penambahbaikan masa depan boleh dibuat.
Bertugas dalam acara sukan atau pertandingan olahraga dan mengekalkan mutu permainan dan memastikan undang-undang permainan dan peraturan keselamatan dipatuhi.
Merakam lapsed time dan mengekalkan skor semasa acara atau pertandingan.
Menilai prestasi pesaing, pemberian mata, mengenakan penalti akibat pelanggaran dan menentukan keputusan.
Melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat Kementerian/ Negeri/ Jabatan/ Daerah.
Bertanggungjawab sebagai jurulatih kawad dan jasmani, menjalankan aktiviti kawad dan sukan.
Menyusun markah dan lain-lain rekod olahraga.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.