Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3511
Bandingkan
Juruteknik Operasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Juruteknik Operasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi membantu pemprosesan hari ke hari serta pengoperasian dan pemantauan sistem teknologi maklumat dan komunikasi, perkakasan, perisian, dan kelengkapan komputer yang berkaitan untuk memastikan prestasi yang optimum.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan teknologi maklumat serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Mengendalikan dan mengawal kelengkapan perisian komputer dan yang berkaitan.
Memantau sistem dan kelengkapan komputer yang gagal berfungsi.
Memaklumi penyelia atau juruteknik penyelenggaraan tentang kerosakan kelengkapan.
Mendapatkan semula, mengasingkan, dan mengisih output program seperti yang diperlukan, dan menghantar data kepada pengguna tertentu.
Memuatkan kelengkapan perisian, seperti alat pencetak, dengan bahan terpilih untuk menjalankan operasi, atau mengawasi pemuatan kelengkapan perisian oleh pengendali kelengkapan perisian.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.