Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3342
Bandingkan
Setiausaha Perundangan
Setiausaha Perundangan menggunakan pengetahuan khusus mengenai terma perundangan dan peraturan dalam menyokong profesional undang-undang dalam aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan pengurusan di pejabat dan jabatan undang-undang sama ada di firma besar atau pejabat kerajaan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di mahkamah.
Menyediakan dan memproses dokumen dan kertas undang-undang, seperti surat ikatan, wasiat, afidavit, dan arahan.
Menyemak dan membaca pruf dokumen dan surat-menyurat untuk memastikan pematuhan prosedur undang-undang.
Menyediakan laporan verbatim bagi prosiding dalam perhimpunan perundangan, mahkamah undang-undang atau tempat lain dengan trengkas atau dengan kaedah lain.
Menguruskan mel, menghantar faksimili, atau mengatur penghantaran surat-menyurat undang- undang kepada pelanggan, saksi dan pegawai mahkamah.
Menguruskan dan menjaga dokumen, fail kes, dan perpustakaan undang-undang.
Menyaring permintaan untuk mesyuarat serta menyusun dan menguruskan jadual mesyuarat.
Membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan membeli atau mengambil pesanan.
Membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran atau ciri organisasi .
Menyelia kerja kerani pejabat.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.