- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
333
Ejen Perkhidmatan Perniagaan
Kumpulan Unit
3331
Ejen Pelepasan dan Pengangkutan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3331-02
Bandingkan
Eksekutif Eksport
Eksekutif Eksport mengurus dan menyelaras eksport barangan dan perkhidmatan, memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan perdagangan antarabangsa. Mereka menyediakan dan mengendalikan dokumentasi penghantaran, mengatur pengangkutan, berhubung dengan syarikat pengangkutan dan mengekalkan komunikasi dengan pelanggan dan pembekal luar negara. Peranan ini juga melibatkan rundingan kadar pengangkutan dan mengurus keseluruhan logistik pengeksportan barangan.
Tugasan
Menyediakan dan memproses dokumentasi eksport, termasuk invois, senarai pembungkusan, dan dokumen penghantaran yang berkaitan.
Berhubung dengan syarikat perkapalan, ejen penghantaran, dan penyedia logistik untuk menyelaras penghantaran eksport.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan eksport, keperluan kastam, dan piawaian industri yang berkaitan.
Memantau jadual pengangkutan dan menjejaki penghantaran eksport untuk memastikan pelepasan dan penghantaran barangan tepat pada masanya.
Berkomunikasi dengan pelanggan dan pembekal luar negara untuk menangani pertanyaan, menyelesaikan isu berkaitan eksport, dan memberikan maklumat terkini penghantaran.
Menyelaras aktiviti operasi yang berkaitan dengan pesanan eksport, pengangkutan, dan urusan logistik.
Menyemak dan menyelaras proses eksport serta aliran kerja dalaman untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan bekerjasama dalam pasukan.
Kemahiran dalam aplikasi Microsoft Office (Excel,Word).
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh.
kemahiran organisasi yang baik dan perhatian terhadap butiran.
Mendengar secara aktif dan berfikiran kritis untuk menyelesaikan masalah.
Khusus
Keupayaan untuk menganalisis proses dan aliran kerja eksport bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Keupayaan untuk mengurus hubungan pelanggan dan komunikasi dalam pasaran eksport.
Keupayaan untuk menjalankan rundingan berkaitan eksport dan kadar pengangkutan.
Kompetensi dalam menyelaras logistik bagi penghantaran eksport.
Pengetahuan dalam dokumentasi dan prosedur eksport.
Pengetahuan dalam peraturan perdagangan antarabangsa dan kastam.
Pengetahuan dalam proses perbankan berkaitan eksport, termasuk surat kredit dan transaksi antarabangsa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.