- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
332
Ejen dan Broker Jualan dan Pembelian
Kumpulan Unit
3323
Pembeli
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3323
Bandingkan
Pembeli
Pembeli membeli barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan atau dijual semula bagi pihak persendirian, industri, komersil, kerajaan, atau pertubuhan dan organisasi lain.
Tugasan
Merundingkan dan mengikat kontrak untuk pembelian kelengkapan, bahan mentah, produk, bekalan serta pembelian barang dagangan untuk dijual semula.
Mendapatkan maklumat tentang keperluan dan stok serta menentukan kuantiti dan kualiti barangan yang hendak dibeli, kos, tarikh penghantaran, dan syarat kontrak yang lain.
Berunding dengan pembekal dan mengkaji sebut harga.
Membeli barangan untuk dijual semula oleh pertubuhan runcit atau borong.
Mengkaji laporan pasaran, majalah perdagangan dan bahan-bahan promosi jualan dan melawat pameran perdagangan, bilik pameran, kilang dan majlis reka bentuk produk.
Memilih barangan atau produk terbaik yang memenuhi keperluan penubuhan.
Menemuramah pembekal dan merundingkan harga, diskaun, syarat kredit dan pengaturan pengangkutan.
Memantau pengedaran barangan kedai dan mengekalkan paras stok yang mencukupi.
Menentukan jadual penghantaran, memantau kemajuan dan menghubungi pelanggan dan pembekal untuk menyelesaikan masalah.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.