Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3257-08
Bandingkan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam aspek pengurusan,perancangan, pengawalan, pencegahan, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan aktiviti-aktiviti kesihatan awam dan kesihatan persekitaran iaitu kawalan penyakit, keselamatan dan kualiti makanan, bekalan air dan kebersihan alam sekeliling (BAKAS), kawalan mutu air minuman (KMAM), kesihatan pintu masuk (lapangan terbang, pelabuhan dan darat).
Tugasan
Melaksanakan aktiviti kesihatan awam dan persekitaran mengikut bidang tugas yang ditetapkan.
Mengawal penyakit dari segi pemantauan dan pengumpulan data, penyiasatan wabak, tindakan kawalan/pencegahan, penguatkuasaan undang-undang, promosi kesihatan, analisis insitu, serta kesihatan persekitaran dan pekerjaan.
Mengawal keselamatan dan kualiti makanan dari segi persampelan makanan, pemeriksaan premis, penyediaan laporan, cadangan susulan, kawalan import/eksport, penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan statistik.
Melaksanakan projek bekalan air luar bandar, pemeriksaan pelupusan air limbah, penyelenggaraan dan kalibrasi peralatan ujian/projek Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
Melaksana Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) dengan menyediakan program/jadual pensampelan, melakukan persampelan dan analisis, tindakan pemulihan pelanggaran kualiti, serta penyelenggaraan dan kalibrasi peralatan ujian.
Mengawal kesihatan pintu masuk (lapangan terbang, pelabuhan, darat) melalui pemeriksaan kapal (Ship Health Clearance, Deratting Certificate/Exemption), penilaian Sanitary Airport/Sea Port, saringan pekerja asing, dan saringan makanan import.
Perundangan dan penguatkuasaan dengan bertindak sebagai Pegawai Penyiasat, penyediaan kertas siasatan, pengendalian dokumen/rekod/ekshibit, dan menjadi saksi dalam kes pendakwaan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan mengurus, membimbing dan menyelia anggota di bawah kawalannya.
Berkebolehan menjalankan tugas penyeliaan dan memberi khidmat nasihat kepada anggota di bawah kawalannya.
Berkebolehan merancang keperluan sumber manusia, latihan, kewangan dan logistik.
Berupaya memahami dan melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam serta kesihatan di pintu masuk sempadan.
Khusus
Kebolehan melaksana dan menyelia program kesihatan awam dan kesihatan persekitaran.
Kebolehan merancang, menyelaras dan menganalisis aktiviti kesihatan awam.
Kebolehan merancang, menyelaras dan menganalisis aktiviti kesihatan pekerjaan dan persekitaran.
Kemahiran melaksanakan tugas pendakwaan dan mengendalikan kes rayuan berkaitan undang-undang kesihatan awam.
Kemahiran mengaplikasi dan melaksanakan aktiviti kesihatan awam mengikut akta dan peraturan yang ditetapkan.
Kemahiran mengaplikasikan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam.
Kemahiran mengenal pasti dan melaksanakan aktiviti kesihatan pekerjaan dan persekitaran termasuk penilaian risiko dan siasatan di tempat kerja.
Pengetahuan dan kefahaman dalam melaksanakan aktiviti kesihatan awam termasuk pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kawalan vektor, keselamatan dan kualiti makanan, bekalan air dan kebersihan persekitaran.
Pengetahuan dan kefahaman tentang kesihatan pekerjaan dan persekitaran termasuk penilaian risiko di tempat kerja, siasatan kes keracunan bahan kimia, racun makhluk perosak dan penyakit berkaitan pekerjaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.