- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3257-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5 bertanggungjawab menjalankan analisis sampel makanan, menyediakan bahan-bahan media dan kimia serta peralatan analisis, menjalankan kawalan mutu ke atas bahan media dan kimia, mengeluarkan laporan analisis sampel makanan dan melupuskan sampel makanan, bahan toksik dan patogenik mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tugasan
Bertanggungjawab kepada Ketua Makmal/ Pegawai Teknologi Makanan Negeri/ Ketua Seksyen Hub Halal JAKIM.
Membantu penerimaan sampel makanan rutin, krisis dan kajian, serta menjalankan proses sub-sampel dan analisis sampel.
Menyediakan media kultur, larutan piawai, bahan kimia dan peralatan kaca serta menjalankan kawalan mutu dan kalibrasi peralatan makmal.
Mengawal inventori bahan kimia, media dan peralatan, menyediakan laporan inventori, dan melupuskan sampel, bahan toksik dan patogenik mengikut prosedur.
Menolong pembahagian bekalan untuk aktiviti persampelan dan menyelaraskan agihan bahan pendidikan dan keselamatan makanan.
Membantu pemantauan keselamatan dan kualiti makanan, pameran promosi, dan mengemaskinikan sistem fail rasmi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Menjalankan audit MS 1500:2004, memeriksa tahap kebersihan premis, penyediaan laporan lawatan, dan membentang laporan pemeriksaan di Mesyuarat Panel.
Mengurus pengambilan, penghantaran dan analisis sampel makanan, pengumpulan data ramuan, serta membantu Mesyuarat Panel Pengesahan Halal dan kerja-kerja Help Desk.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi khidmat nasihat.
Khusus
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan termasuk analisis mikrobiologi dan kimia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3257-01
Pemeriksa Unit Kesihatan Awam
3257-02
Pemeriksa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
3257-03
Pemeriksa Kualiti Produk
3257-04
Pemeriksa Air
3257-05
Pemeriksa Keselamatan Lombong
3257-06
Pemeriksa Lombong
3257-07
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5
3257-08
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
3257-09
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.