- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3256
Pembantu Perubatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3256-07
Bandingkan
Penolong Pegawai Perubatan Gred U5
Penolong Pegawai Perubatan Gred U5 bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, institusi- institusi wad dan program-program lain.
Tugasan
Memeriksa dan merawat pesakit mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan Clinical Practice Guideline (CPG), termasuk rawatan awal asas, rawatan asma, aliran intravena, dan penyediaan pesakit untuk prosedur rawatan tertentu.
Memberi ubat dan suntikan mengikut protokol, memantau kemajuan rawatan, melaporkan keadaan luar biasa/kesan sampingan, serta mencatat vital signs dan carta imbangan pesakit.
Memberi perhatian keperluan khas pesakit, menentukan diet khas, dan mengumpul contoh ujian makmal mengikut prosedur.
Mendidik pesakit mengenai penjagaan kesihatan berkaitan penyakit, serta menyertai program/promosi kesihatan seperti PROSTAR, kem kesihatan, dan kempen kesihatan nasional/negeri.
Melaksanakan pemulihan pesakit, kaunseling HIV/AIDS, penagih dadah, psychoeducation untuk pesakit mental, dan dietary counseling untuk pesakit seperti diabetis, hipertensi, renal failure.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.