Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3253-03
Bandingkan
Jururawat Masyarakat Gred U1 jururawat Masyarakat adalah pekerja kesihatan yang menjalankan pelbagai tugas dan merupakan ahli pasukan kesihatan yang berkhidmat secara terus kepada masyarakat.
Tugasan
Menjalankan amalan kejururawatan, mematuhi etika, dan memastikan amalan tahunan sentiasa terkini.
Menjalankan klinik ibu hamil, temubual, pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel darah/air kencing, suntikan, vitamin, dan rujukan kes risiko.
Mengendalikan kelahiran di klinik/ Pusat Bersalin Alternatif (ABC), termasuk pemantauan partogram, rawatan ibu dan bayi, resusitasi, dan suntikan Vitamin K1 ampul/BCG.
Memberi jagaan lepas bersalin di rumah, pemeriksaan ibu dan bayi, bimbingan senaman/pemakanan, perancangan keluarga, serta rujukan kes luar biasa.
Menyediakan peralatan untuk sesi klinik kanak-kanak, pemeriksaan fizikal, tumbesaran, imunisasi, rawatan penyakit ringan, FCM, pemakanan, dan rujukan kes istimewa.
Menjalankan motivasi kepada ibu mengenai kaedah merancang keluarga, pemeriksaan kesihatan, pap smear, dan rujukan untuk kontraseptif atau masalah kesihatan.
Melakukan lawatan rumah kepada ibu hamil berisiko tinggi, kanak-kanak keciciran imunisasi, kes keperluan khas, serta menyiasat kematian ibu/kanak-kanak.
Memberi pendidikan kesihatan, penyusuan ibu, penjagaan bayi, pemakanan, demonstrasi aktiviti kesihatan, dan bimbingan keluarga.
Mengurus dan mengendalikan klinik desa, penyediaan ubat/vaksin, kebersihan, keselamatan, dokumentasi, pendaftaran pesakit, rawatan ringan, dan pertolongan cemas.
Menyokong latihan kejururawatan, program kualiti, mesyuarat/jawatankuasa, kerjasama komuniti/bidan kampung, dan dokumentasi rutin klinik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.