Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3251-04
Bandingkan
Juruterapi Pergigian Gred U5 melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan, diagnosis, rawatan pergigian (murid sekolah, kanak-kanak pra-sekolah/istimewa), kawalan jangkitan, dan keselamatan kesihatan.
Menyampaikan mesej kesihatan, nasihat pemakanan, tunjuk ajar memberus gigi, sealan fisur, promosi kesihatan, risalah/poster, dan terlibat dalam projek komuniti di bawah program kesihatan pergigian.
Memberi kaunseling penyakit periodontium/ortodontik, pendidikan kesihatan pergigian, dan tunjuk ajar teknik memberus gigi serta penggunaan berus gigi khas.
Menjalankan rawatan periodontium, ortodontik, pediatrik dan bedah mulut termasuk profilaksi, penskaleran, penggilapan, pengetaman akar, sedasi, STO/dressing, dan pemantauan regim.
Mengurus data dan rekod klinikal, penyata harian/tahunan, serta menyokong audit klinikal, ISO, QAP, akreditasi dan incident reporting.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Pengetahuan mengenai statistik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.