Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3119-03
Bandingkan
Juruteknik Sisa Pepejal menjalankan tugas teknikal dan operasi dalam pengurusan sisa pepejal dan berbahaya, termasuk pengumpulan, pengasingan, rawatan, kitar semula dan pelupusan. Mereka memastikan aktiviti pengurusan sisa mematuhi peraturan alam sekitar dan piawaian keselamatan, menyokong inisiatif pengurangan dan kitar semula sisa, memantau operasi pemprosesan, menjalankan pemeriksaan dan menyelenggara peralatan, bekerjasama rapat dengan jurutera alam sekitar dan pihak berkuasa perbandaran untuk menggalakkan pengurusan sisa yang cekap dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Tugasan
Mengendalikan, menyelenggara, dan membantu membaiki kenderaan pengumpulan sisa dan peralatan pemprosesan.
Memisahkan bahan kitar semula, bahan berbahaya, dan sisa sukar dikendalikan ke kawasan yang ditetapkan.
Memantau tapak pelupusan dan kemudahan pemprosesan sisa di bawah pengawasan untuk memastikan pematuhan kepada standard keselamatan dan alam sekitar.
Melaksanakan pemeriksaan, mendokumentasikan operasi, dan menyelenggara rekod jenis dan jumlah sisa.
Membantu mengekalkan kebersihan dan keselamatan kawasan kerja.
Membantu dalam menangani bahaya alam sekitar atau insiden berkaitan pengendalian sisa.
Mengenal pasti potensi bahaya dan mematuhi prosedur keselamatan di bawah bimbingan.
Membantu dalam pengujian dan penyelenggaraan peralatan untuk kawalan pencemaran dan pemulihan tapak.
Kemahiran
Asas
Daya tahan fizikal dan tahap kecergasan asas untuk melaksanakan tugas manual, di luar dan tugas yang memrlukan tenaga.
Kemahiran asas penggunaan komputer untuk kemasukan data, pelaporan dan penyimpanan rekod.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk berinteraksi secara berkesan dengan ahli pasukan, penyelia dan orang awam.
Kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis untuk menangani isu operasi dengan segera.
Perhatian terhadap perincian untuk memastikan pengendalian sisa dilakukan dengan betul serta mematuhi peraturan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
Khusus
Kemahiran dalam mengendalikan, menyelenggara, dan membantu pembaikan peralatan pengurusan sisa.
Kemahiran dalam penggunaan alat pemeriksaan dan pelaksanaan pemeriksaan penyelenggaraan rutin.
Keupayaan untuk menyokong operasi pengurangan sisa dan kitar semula.
Kompetensi dalam melaksanakan pemeriksaan tapak dan aktiviti pemantauan alam sekitar asas.
Kompetensi dalam pengendalian, pengasingan, dan pelupusan sisa berbahaya dan tidak berbahaya.
Pematuhan yang tinggi terhadap amalan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Pengetahuan dalam prinsip pengurusan sisa, perundangan alam sekitar, serta peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Pengetahuan dalam proses kitar semula, operasi tapak pelupusan, dan teknologi rawatan sisa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.