Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3118-09
Bandingkan
Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5
Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
Tugasan
Mengurus surat menyurat, pendaftaran, dan pemprosesan permohonan serta doket penyiasatan tanah.
Mengemaskini rekod geran draf, pendaftaran, dan hak milik tanah.
Menyediakan laporan bulanan dan tahunan berkaitan permohonan, penyiasatan, kutipan hasil, urus niaga dan penguatkuasaan tanah.
Memantau tunggakan cukai, mengeluarkan peringatan, memungut hasil tanah serta mengeluarkan dan menandatangani resit.
Mengawal selia, memantau kerja kakitangan Pejabat Tanah serta memastikan penyimpanan dan keselamatan dokumen geran dan buku daftar.
Menyediakan laporan dan memperenggankan tanah (ukur tanah) serta permohonan ukur berkaitan pelupusan, pecah sempadan/bahagian, penyatuan dan pengambilan balik tanah.
Menjalankan kerja-kerja penilaian tanah, dan pengambilan balik tanah bagi projek kerajaan.
Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan bagi mencegah pencerobohan dan pelanggaran syarat tanah serta bertindak sebagai pegawai pendakwa.
Menyaksikan dokumen di bawah Seksyen 97 Ordinan Tanah Bab 68 dan menjadi ahli lembaga tender tanah.
Membantu penyediaan memorandum dan kertas mesyuarat kerajaan serta menjalankan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kemahiran
Khusus
Pengetahuan dan kemahiran mengenai Ordinan Tanah.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai undang-undang tanah lain yang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.