Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3114-04
Bandingkan
Juruteknik Semikonduktor melaksanakan dan menyelia fabrikasi semikonduktor elektronik, mengendalikan proses seperti memuatkan bahan, menggergaji jongkong ke dalam wafer dan menyediakan wafer untuk pengeluaran selanjutnya. Mereka mengendalikan, menyelenggara dan menyelesaikan masalah peralatan fabrikasi wafer dalam persekitaran bilik bersih terkawal, memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan kualiti, melaksanakan penyelenggaraan pencegahan dan ramalan, menentukur peralatan dan bekerjasama dengan jurutera untuk mengoptimumkan prestasi dan menyokong penambahbaikan proses.
Tugasan
Mengendalikan dan menyelenggara peralatan fabrikasi semikonduktor, termasuk fotolitografi, etsa, pemendapan, dan alat chemical mechanical planarisation (CMP).
Mendiagnosis, mengenal pasti kerosakan, dan menentukur peralatan semikonduktor mengikut spesifikasi operasi.
Melaksanakan penyelenggaraan rutin dan pencegahan ke atas peralatan fabrikasi semikonduktor.
Menjalankan ujian dan pemeriksaan untuk memastikan kualiti produk dan prestasi peralatan.
Membantu jurutera dalam pengoptimuman proses dan peningkatan hasil pengeluaran.
Memantau tolok, dail, dan penunjuk untuk memastikan operasi mesin yang betul.
Menyelenggara rekod prestasi peralatan, aktiviti penyelenggaraan, dan perubahan proses dengan tepat.
Memastikan pematuhan terhadap protokol keselamatan dan piawaian industri dalam semua operasi.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi yang baik untuk menyokong pelaporan dan kerja berpasukan.
Kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu.
Kemahiran teknikal yang kukuh untuk memahami sistem elektronik dan mekanikal.
Memberi perhatian terhadap perincian untuk pengendalian dan pemantauan peralatan yang tepat.
Mendengar secara aktif dan berfikiran kritis untuk mengikuti arahan dengan tepat.
Khusus
Kecekapan dalam sistem automasi dan programmable logic controllers (PLC) dalam persekitaran bilik bersih.
Keupayaan untuk menganalisis data peralatan dan proses bagi mengenal pasti trend dan isu.
Keupayaan untuk mengenal pasti dan membaiki sistem elektrik dan elektronik.
Kompetensi dalam analisis punca akar dan analisis kegagalan bagi kerosakan peralatan.
Kompetensi dalam pemasangan dan penyelenggaraan kabel bagi peralatan semikonduktor.
Kompetensi dalam penyelenggaraan pencegahan dan pembetulan peralatan elektronik.
Kompetensi dalam Statistical Process Control (SPC) untuk pemantauan kualiti proses.
Pengetahuan dalam proses fabrikasi semikonduktor, termasuk fotolitografi, etsa, pemendapan, dan chemical mechanical planarisation (CMP).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.