Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3111-13
Bandingkan
Pembantu Makmal Gred C1 membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.
Tugasan
Membantu analisis kimia berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya; dan ujian fizikal sampel mineral perindustrian seperti lempung, pasir dan bahan seramik.
Menjaga kebersihan, keselamatan makmal, prosedur analisis, dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi nuklear atau berkaitan.
Membantu pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO/IEC 17025, MS ISO 9000 dan keselamatan OHSAS 18001.
Mengurus dokumen, Permit To Work, kuarantin, pengawalseliaan alam sekitar, kargo berbahaya, dan pemantauan operasi pelabuhan.
Menyelia permohonan, pengendalian, penyimpanan, statistik dan pematuhan undang-undang kargo berbahaya.
Membantu Pegawai Kargo Berbahaya dalam bencana, krisis, pemunggahan, bunkering, dan menyediakan laporan serta surat perakuan.
Mengurus dan melaksanakan Program Sekolah, Program Jangkau Luar, Program Khas, dan Program Awam.
Menjaga keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan ruang pembelajaran seperti makmal, akuarium dan Kids’ Discovery Place.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Khusus
Berkebolehan mengenal sampel untuk tujuan cerakinan.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.