- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3111
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3111-02
Bandingkan
Juruteknik Kimia membantu ahli kimia dan saintis dengan menjalankan ujian kimia dan fizikal, memantau dan menyokong proses kimia, serta menganalisis bahan di makmal atau kemudahan pengeluaran. Mereka menjalankan kerja makmal secara langsung, menyediakan larutan kimia, merekod dan melaporkan data, serta membantu memastikan kualiti produk, keselamatan dan kecekapan proses, menyokong penyelidikan dan pembangunan, kawalan kualiti dan pengeluaran merentasi industri seperti farmaseutikal, petrokimia, makanan dan ujian alam sekitar.
Tugasan
Menjalankan analisis kimia dan mikrobiologi ke atas sampel menggunakan teknik makmal seperti spektroskopi, kromatografi dan titrasi.
Mengumpul, menyediakan dan mengendalikan sampel, reagen dan bahan makmal untuk ujian dan analisis.
Menyediakan larutan kimia dan reagen dengan tepat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Mengendalikan, menentukur dan menyelenggara instrumen serta peralatan makmal dan proses.
Memantau proses kimia dan peralatan bagi memastikan operasi mematuhi parameter dan piawaian yang ditetapkan.
Merekod dan mendokumentasikan data eksperimen, keputusan ujian dan maklumat proses, serta menyediakan laporan asas.
Memeriksa kualiti produk dan sampel bagi memastikan pematuhan kepada spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
Membantu dalam menyelesaikan masalah teknikal atau proses semasa ujian makmal atau aktiviti pengeluaran.
Menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui ujian dan eksperimen makmal.
Mematuhi prosedur keselamatan makmal, termasuk pengendalian dan pelupusan bahan kimia berbahaya dengan selamat.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan keselamatan dengan tepat.
Mempunyai Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah untuk memantau proses dan mengenal pasti isu teknikal.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta kefahaman membaca untuk memahami arahan dan melaporkan hasil dapatan.
Mempunyai Pemahaman yang kukuh tentang konsep asas kimia dan proses kimia.
Teliti dan tepat dalam pengendalian sampel, dokumentasi dan tugasan makmal.
Khusus
Kemahiran dalam memantau dan mengendalikan peralatan makmal dan proses industri dengan selamat.
Kemahiran dalam mengendalikan dan menyelenggara instrumen makmal, termasuk Gas Chromatography (GC), High Performance Liquid Chromatography (HPLC), spektrofotometer, meter pH, penimbang, dan sistem kromatografi.
Kemahiran dalam menyediakan sampel kimia dan melaksanakan titrasi dengan tepat.
Kemahiran dalam menyediakan, mengurus dan menyelenggara reagen, bahan kimia dan bahan makmal.
Pengetahuan dalam melaksanakan jaminan kualiti, kawalan kualiti dan protokol pematuhan proses.
Pengetahuan dalam mematuhi peraturan Quality, Health, Safety and Environment (QHSE) atau Health, Safety and Environment (HSE) serta mengekalkan piawaian keselamatan dalam operasi kimia.
Pengetahuan dalam menjalankan ujian makmal dan analisis kimia menggunakan teknik standard.
Pengetahuan dalam mentafsir data asas, keputusan ujian dan prestasi proses.
Pengetahuan dalam menyelesaikan masalah berkaitan peralatan, teknikal dan proses.
Pengetahuan dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam persekitaran makmal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3111-01
Juruteknik Geofizik
3111-02
Juruteknik Kimia
3111-03
Juruteknik Makmal Sains Fizik
3111-04
Juruteknik Sains Fizik
3111-05
Pembantu Makmal Kimia
3111-06
Juruteknik Tanah
3111-07
Juruteknik Meteorologi
3111-08
Juruteknik Geologi
3111-09
Juruteknik Oseanografi
3111-10
Juruteknik Pemantauan Cerun
3111-11
Juruteknik Sains Iklim
3111-12
Juruteknik Makmal
3111-13
Pembantu Makmal Gred C1
3111-14
Pembantu Penyelidik Gred Q1, Q2, Q3, Q4
3111-15
Penolong Pegawai Meteorologi Gred C5
3111-16
Penolong Pegawai Sains Gred C5
3111-17
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.