Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2919-05
Bandingkan
Pegawai Siasatan Gred P14
Pegawai Siasatan Gred P14 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Merancang, menyelia, meneliti dan membincang semua siasatan di bawah APR 1997 dan AMLATFA 2001, termasuk pelucutan harta, laporan pakar, pemintasan, permohonan akaun dan ekstradisi suspek.
Merancang, menyelia dan mengawal aktiviti perisikan, intipan, projek, perolehan maklumat serta pengendalian sumber.
Merancang, menyelaras dan memantau program penerangan, pendidikan, perhubungan masyarakat, bahan penerbitan dan pameran anti rasuah serta keberkesanan program pencegahan rasuah.
Menyelia dan menilai pemeriksaan amalan, system, dan tatacara badan awam/swasta/organisasi, memberi khidmat nasihat.
Menyediakan kertas dasar, perancangan strategik, arahan dan panduan baru, memantau pelaksanaan mesyuarat, urusan Parlimen dan kaji selidik berkaitan rasuah.
Mengurus pentadbiran akademi, menganalisis keperluan latihan, merancang program latihan tahunan, serta menyelaras penyertaan pegawai/staf dalam latihan dalam dan luar negara.
Berurusan dengan agensi pencegahan rasuah dan penguat kuasa antarabangsa bagi pengesanan saksi, suspek dan harta luar negara serta proses ekstradisi.
Memantau pengesanan harta alih dan tak alih dalam negara yang diperoleh melalui kegiatan penggubahan wang haram.
Melaksanakan arahan pegawai atasan, mengurus penugasan pegawai, membantu Ketua Unit/Ketua Cawangan, serta bertugas di Parlimen.
Kemahiran
Asas
Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
Khusus
Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.
Mempunyai kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, ICT dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan, dasar dan undang-undang.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Merancang dan menyelaras program berkaitan peningkatan kesedaran masyarakat dalam pencegahan rasuah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.