- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2916
Profesional Pegawai Sivil
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2916-01
Bandingkan
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP9 bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk mengurus Latihan Gerakan Pertahanan Awam.
Tugasan
Merancang, mengurus dan mengadakan kursus-kursus dan latihan kepada Pegawai-pegawai Pertahanan Awam semua gred, jurulatih pasukan semua bahagian termasuk unit-unit dan kadet-kadet pertahanan awam yang akan ditubuhkan, kursus-kursus khas untuk Pegawai-pegawai Pertahanan Awam, kursus-kursus untuk lain-lain pertubuhan seperti Persatuan Belia, Bulan Sabit Merah, Jawatankuasa Bulan Sabit Merah, Rukun Tetangga, firma-firma, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.
Merancang dan mengurus kursus dalam negara yang bersesuaianmengikut keperluan perkhidmatan.
Mengkaji dan membangunkan program latihan yang diperlukan.
Menyusun program pembangunan latihan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh pegawai skim perkhidmatan.
Mengkaji keperluan peralatan dan operasi.
Mengadakan dan memantau aktiviti pembangunan serta penyelidikan bagi memenuhi keperluan pengetahuan pegawai skim perkhidmatan.
Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kakitangan di bawah seliaannya.
Bertugas di masa kecemasan dan darurat seperti di arah.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pentadbiran, peraturan kewangan dan standard perakaunan yang diterima umum.
Berkebolehan menganalisis penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.