Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2849-02
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B9
Pegawai Kebudayaan Gred B9 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Berperanan dalam menyelaras pelaksanaan semua aktiviti seni meliputi bidang seni teater, seni tari, seni muzik, seni permainan tradisional, dan seni tampak.
Berperanan dalam menyelaras pelaksanaan semua aktiviti pengembangan budaya seperti Program Merakyatkan Seni (PMS), aktiviti bersangkutan dengan nilai dan norma, aktiviti bersangkutan dengan bahasa dan persuratan.
Berperanan dalam menyelaras pelaksanaan semua aktiviti penyelidikan seni dan budaya meliputi bidang penyelidikan produk, penyelidikan tokoh, dan penyelidikan khalayak.
Berperanan dalam menyelaras pelaksanaan semua aktiviti pemuliharaan seni dan budaya meliputi bidang-bidang pemuliharaan produk dan pemuliharaan tokoh.
Menyediakan dan mengemaskini maklumat Pelancongan sama ada maklumat bercetak atau lisan dari agensi pelancongan (networking).
Menyediakan risalah dan penerangan bagi mempromosikan program/aktiviti kebudayaan negara.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.