Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2846-02
Bandingkan
Juruhebah/Penyiar
Juruhebah/Penyiar membentangkan dan menyampaikan berita, maklumat, hiburan dan ulasan merentasi platform radio, televisyen dan media digital. Mereka memperkenalkan program dan segmen, membaca skrip dan buletin, menjalankan temu bual dan menyediakan ulasan secara langsung atau rakaman, memastikan komunikasi yang jelas dan menarik untuk penonton. Peranan ini juga mungkin melibatkan penyediaan dan penyelidikan kandungan dan, dalam konteks digital, menyemak dan menyederhanakan bahan yang dijana pengguna untuk memastikan pematuhan dengan garis panduan dan piawaian yang berkaitan.
Tugasan
Membuat persediaan untuk penampilan siaran langsung dengan memahami topik, menyemak kandungan, dan berlatih penyampaian.
Membaca berita, pengumuman, atau buletin dan menyampaikan maklumat dengan jelas melalui platform radio, televisyen, atau digital.
Menjalankan temu bual secara langsung atau rakaman dengan tetamu, orang awam, atau penghibur.
Memberikan ulasan secara langsung atau rakaman mengenai peristiwa, topik, atau isu yang berkaitan.
Memperkenalkan dan menutup program, segmen, atau persembahan, serta mengumumkan selingan iklan atau promosi stesen.
Menyelaras dengan pasukan produksi atau media semasa siaran bagi memastikan operasi berjalan lancar.
Menyemak dan menyederhanakan kandungan yang dijana pengguna dalam konteks penyiaran digital untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian yang berkaitan.
Mengekalkan standard profesional, mematuhi peraturan penyiaran, dan menyimpan rekod atau log aktiviti yang berkaitan.
Berinteraksi dan melibatkan audiens atau penonton untuk mengekalkan minat dan penyertaan.
Kemahiran
Asas
Kecekapan dalam bahasa yang digunakan secara meluas.
Kemahiran asas dalam penyelidikan,penulisan dan pengurusan masa.
Kemahiran komunikasi lisan yang berkesan dan berucap di khalayak.
Mendengar secara aktif dan kesedaran sosial.
Pemikiran kritis,kefahaman bacaan dan perhatian terhadap perincian.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan peralatan penyiaran dan penstriman langsung.
Kecekapan dalam penulisan skrip dan pembangunan kandungan untuk penyiaran.
Keupayaan bekerja secara berkesan dalam persekitaran siaran langsung yang pantas dan membuat keputusan yang cepat serta tepat.
Keupayaan berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dengan audiens semasa siaran langsung atau rakaman.
Keupayaan mengendalikan kandungan sensitif dan kandungan yang dijana pengguna dengan sewajarnya.
Keupayaan menghasilkan dan menyesuaikan kandungan untuk platform televisyen, radio, dan media sosial.
Keupayaan menyampaikan maklumat dengan suara yang jelas dan menarik.
Pengetahuan dalam dasar kandungan, keselamatan dalam talian, dan etika digital.
Pengetahuan dalam trend media dan penglibatan audiens digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.