Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2711
Bandingkan
Profesional Hotel
Profesional Hotel menjalankan penyelidikan, merancang, membangunkan dan menambah baik pengurusan operasi hotel, motel dan pertubuhan yang seumpamanya untuk menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang dan menambah baik operasi pengurusan hotel, restoran dan pertubuhan.
Mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel yang lain.
Mempromosi dan memasarkan perniagaan.
Melaksanakan rancangan peruntukan bajet, kewangan dan mengawal perbelanjaan.
Menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan.
Mengambil, melatih, dan memantau kakitangan.
Merancang jadual kerja untuk individu dan pasukan .
Bertemu dan mengalu-alukan pelanggan.
Mengendalikan rungutan dan komen pelanggan.
Menangani dan menyelesaikan masalah.
Memastikan acara dan persidangan berjalan lancar.
Menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan.
Berurusan dengan kontraktor dan pembekal.
Memastikan keselamatan yang cekap.
Melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan.
Memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.