- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
26
Profesional Perundangan
Kumpulan Kecil
261
Profesional Perundangan
Kumpulan Unit
2611
Peguam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2611-04
Bandingkan
Pegawai Syariah Gred LS9
Pegawai Syariah Gred LS9 bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelan kerjaya Pegawai Syariah, menyelaraskan undang-undang syariah, mengurus pusat sumber dan sistem E-Syariah, menjalankan penyelidikan isu semasa, menyebut dan memutuskan kes syariah, memberi nasihat perundangan, menyediakan khidmat guaman, serta mengendalikan pendakwaan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah.
Tugasan
Melaksanakan pelan kerjaya dan latihan Pegawai Syariah.
Mengurus rekod jabatan dan Mahkamah Syariah.
Memantau kes rayuan dan sulh serta urus dana khas.
Mengurus Pusat Sumber Jabatan sebagai pusat rujukan.
Menjalankan kajian isu semasa dan keperluan Mahkamah Syariah.
Membantu pentadbiran Mahkamah Syariah dan JKSN/MSN.
Mengendalikan Majlis Sulh dan menjadi Pegawai Penyelidik.
Membicarakan kes dan mengeluarkan perintah serta sijil faraid.
Menjadi Pendakwa Syarie dan menyelaras pelaksanaan undang-undang syariah.
Memberi nasihat perundangan syariah dan khidmat guaman.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berhadapan dengan orang ramai dan media.
Berkebolehan berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan menyampaikan hujah atau pengucapan awam dengan baik dan berkesan.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang Syariah dan Sivil.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti serta mengambil nota keterangan dengan berkesan.
Berkemahiran asas dalam bidang teknologi maklumat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.