- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
243
Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam
Kumpulan Unit
2432
Profesional Perhubungan Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2432
Bandingkan
Profesional Perhubungan Awam
Profesional Perhubungan Awam menambah baik, memberi nasihat dan mengaplikasikan kaedah operasi untuk membina, memelihara dan menguruskan komunikasi antara organisasi dengan khalayaknya.
Tugasan
Menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran dan laporan tahunan.
Menulis dan menyunting siaran akhbar, berita dalaman, ucapan, rencana, dan laporan tahunan.
Menyimpan dan mengemas kini maklumat tentang laman web organisasi.
Menyediakan dan menyelia pengeluaran brosur publisiti, edaran, video promosi, fotograf, filem, dan program multimedia.
Menjawab pertanyaan daripada individu, wartawan dan organisasi lain.
Memberi taklimat ketika pembentangan, sidang akhbar, temu ramah radio dan televisyen, dan sesi mesyuarat.
Membangunkan dan mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan pihak media, termasuk akhbar tempatan dan nasional, majalah, radio dan televisyen.
Mengatur acara khas seperti sidang akhbar, pameran, hari terbuka, lawatan, pertandingan penajaan.
Memupuk hubungan komuniti melalui acara seperti hari terbuka dan melalui penglibatan masyarakat.
Menumpukan pada peningkatan kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.
Merancang penyelidikan dan penilaian.
Meningkatkan kefahaman serta menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2432-01
Eksekutif Perhubungan Awam
2432-02
Pegawai Pelancongan
2432-03
Pegawai Khidmat Pelanggan
2432-04
Eksekutif Tempahan Jualan
2432-05
Eksekutif Korporat
2432-06
Pakar Usaha Wajar Pelanggan (CDD)
2432-07
Eksekutif Strategi Korporat
2432-08
Pakar Penyelesaian Perusahaan (Perkongsian Strategik)
2432-09
Pakar Pengalaman Pengguna
2432-10
Perunding Imej
2432-11
Pegawai Penerangan Gred S9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.