- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
242
Profesional Pentadbiran
Kumpulan Unit
2424
Profesional Pembangunan Latihan dan Kakitangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2424-02
Bandingkan
Pegawai Latihan Industri Halal membangun, melaksanakan dan mengurus program latihan bagi memastikan pekerja memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mematuhi piawaian Halal. Peranan ini merangkumi mendidik kakitangan yang terlibat dalam rantaian bekalan, pengeluaran dan pensijilan Halal, menyelaras dengan badan pensijilan Halal dan menyelenggara program yang menyokong pematuhan kepada keperluan kawal selia dan industri.
Tugasan
Membangunkan dan mengemas kini program serta bahan latihan bagi operasi industri Halal, pematuhan dan keperluan pensijilan.
Mengenal pasti dan menilai keperluan latihan semasa dan masa hadapan bagi pekerja dalam sektor berkaitan Halal.
Merancang, menyelaras dan menyampaikan sesi latihan Halal, bengkel dan program induksi untuk kakitangan.
Menyokong semakan pematuhan dalaman dan tindakan susulan berkaitan latihan bagi memperkukuh pematuhan kepada piawaian Halal.
Berhubung dengan badan pensijilan Halal, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), serta menyokong proses pensijilan Halal.
Memantau dan menilai keberkesanan program latihan Halal serta melaporkan dapatan.
Mengekalkan pengetahuan yang terkini tentang peraturan, piawaian dan amalan terbaik industri Halal.
Memberikan panduan dan demonstrasi praktikal mengenai prosedur, keperluan dan amalan kerja Halal.
Mengurus tugas pentadbiran berkaitan perancangan, penjadualan, rekod dan pelaksanaan latihan Halal.
Kemahiran
Asas
bagi menyokong pematuhan.
Kemahiran komunikasi,interpersonal dan pendengaran aktif yang kukuh.
Kemahiran organisasi yang baik untuk mengurus latihan,dokumentasi dan tugasan operasi.
Keupayaan membuat pembentangan dan bertutur dengan berkesan serta memberi perhatian
Mahir dalam aplikasi MIcrosoft Office serta pemikiran analitikal untuk menyelesaikan masalah
Pengetahuan asas mengenai piawaian Halal,prinsip dan prosuder pensijilan.
terhadap perincian.
Khusus
Keupayaan untuk memantau dan menilai keberkesanan latihan serta hasil pembelajaran dalam konteks Halal.
Keupayaan untuk merancang, menyelaras dan menyampaikan program latihan Halal kepada kakitangan.
Kompetensi dalam dokumentasi pematuhan Halal dan pelaporan kawal selia.
Kompetensi dalam sokongan pelaksanaan Halal Assurance System (HAS) dan prosedur semakan pematuhan dalaman.
Pengetahuan dalam peranan dan prosedur badan pensijilan Halal, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengetahuan dalam piawaian Halal Malaysia, keperluan kawal selia dan proses pensijilan Halal.
Pengetahuan dalam piawaian keselamatan makanan yang berkaitan dengan operasi Halal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.