Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2412-07
Bandingkan
Pegawai Penilaian Gred W9 memberi nasihat kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan agensinya, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-Badan Berkanun dan pertubuhan perbadanan di mana Kerajaan atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan dan juga untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.
Tugasan
Menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan penilaian pelbagai harta tanah dengan tujuan untuk memastikan penilaian diselesaikan dengan cepat dan tepat.
Mengambil perbandingan, membuat lawatan dan pemeriksaan harta tanah, menyemak butir-butir hak milik dan perancangan, menyelidik maklumat dan menganalisis data, menyediakan pelan-pelan bangunan, lokasi, perbandingan dan aktiviti lain yang perlu, menyediakan laporan nilaian yang berkualiti dan melaporkan dalam had kuasa melapor yang diberi.
Menyemak dan meluluskan kerja-kerja penilaian yang perlu atau sepertimana yang telah diarahkan.
Meneliti bantahan atau rayuan dan menyemak semula nilaian terdahulu.
Menjalankan kajian, kerja-kerja penyelidikan dan mengemas kini maklumat secara berterusan.
Mengurus dan menghadiri perundingan serta perbicaraan Mahkamah Tinggi atau Tribunal.
Menjalankan tugas sebagai assessor dalam kes rayuan pengambilan tanah di mahkamah serta menghadiri mahkamah sebagai saksi pakar.
Menyediakan laporan-laporan bagi penerbitan jabatan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.
Kebolehan berkomunikasi yang baik.
Kemahiran menganalisis data dan membuat keputusan.
Kemahiran menyelia dan memimpin pasukan.
Memiliki kemahiran pengurusan.
Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
Khusus
Berkemahiran menggunakan komputer.
Berpengetahuan dan kefahaman terhadap akta dan perundangan berkaitan harta tanah.
Berpengetahuan luas dalam bidang penilaian.
Kemahiran dalam penggunaan kaedah Discounted Cash Flow.
Kemahiran dalam penilaian harta tanah khas, loji dan jentera.
Kemahiran menterjemah peta dan pelan bangunan.
Menguasai kemahiran bahasa dalam menyediakan laporan penilaian, laporan pasaran harta dan penerbitan jabatan.
Sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dalam industri harta tanah melalui pembangunan profesional berterusan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.