Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2381-06
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV14 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Aspek Pembangunan Modal Insan
a. Merancang dan membangunkan dasar latihan kemahiran negara berdasarkan dasar semasa kerajaan.
b. Memperakukan dan meluluskan pembangunan fizikal dan peralatan berdasarkan peraturan dan arahan yang diberikan.
c. Meluluskan cadangan dasar latihan, sistem latihan, kurikulum, tenaga pengajar dan sistem penilaian.
d. Memperakukan program penilaian latihan kepada tenaga pengajar untuk menjalankan Sistem Penilaian Latihan.
e. Memperakukan program penandaarasan sistem penilaian di peringkat antarabangsa.
f. Memantau aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingan sama ada dengan pihak industri atau penyedia latihan lain.
g. Memperaku dan meluluskan Pembangunan dan Penilaian Kekompetenan Tenaga Pengajar, Pembangunan Kurikulum Latihan serta Kawalan Kualiti Latihan dan Pensijilan.
h. Menganalisis laporan-laporan dan statistik tenaga kerja, “supply and demand” industri dan ekonomi bagi mengenal pasti aspek keperluan latihan, penentuan kumpulan sasaran serta bidang kemahiran dan tahap teknologi yang digunakan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.