- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
238
Pengajar Kemahiran Teknologi dan Teknikal
Kumpulan Unit
2381
Pegawai Latihan Vokasional
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2381-04
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV12 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Merancang, melaksana dan menyelia pembangunan fizikal dan peralatan tertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Menyemak dan memantapkan kertas konsep atau dasar latihan, sistem latihan, kurikulum, tenaga pengajar, sistem penilaian.
Memperakukan dan mengurus pelaksanaan kajian yang mengandungi metodologi dan sebagainya.
Menyemak dan memantapkan draf awal penggubalan prosedur, kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.
Menyelia program penilaian latihan kepada tenaga pengajar untuk menjalankan Sistem Penilaian Kekompetenan serta merancang program penandaarasan sistem penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menyediakan perancangan aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingan dengan pihak industri dan penyedia latihan lain.
Menyemak dan menyusun Pembangunan dan Penilaian Kekompetenan Tenaga Pengajar serta Pembangunan Kurikulum Latihan dan NOSS atau standard lain yang telah ditetapkan.
Menyediakan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti promosi latihan termasuk penyediaan anggaran perbelanjaan dan bahan-bahan promosi serta mengkaji keberkesanan promosi.
Merangka pelan dan strategi pelaksanaan rancangan atau program latihan.
Memperakukan dan meluluskan keperluan latihan seperti bahan latihan dan peralatan latihan berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2381-01
Pengajar Latihan Kemahiran
2381-02
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV9
2381-03
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV10
2381-04
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV12
2381-05
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV13
2381-06
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV14
2381-07
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5, DV6, DV7, DV8
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.