- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
238
Pengajar Kemahiran Teknologi dan Teknikal
Kumpulan Unit
2381
Pegawai Latihan Vokasional
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2381-03
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV10 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Merancang dan melaksana pembangunan fizikal dan peralatan tertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Menyedia draf awal bagi menggubal dasar latihan, sistem latihan, kurikulum, tenaga pengajar dan sistem penilaian.
Menyedia kertas cadangan kajian yang mengandungi metodologi mengikut bidang yang telah ditetapkan.
Melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti, pemantauan, urusan peperiksaan dan pensijilan serta menyelaras program penandaarasan sistem penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mengumpul maklumat/ data bagi menyediakan perancangan aktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingan sama ada dengan pihak industri atau penyedia latihan lain.
Merangka dasar atau strategi, merancang/ mengurus pengurusan dan pembangunan prasarana latihan vokasional.
Menyelaras dan mengurus aktiviti pengambilan pelajar iaitu meliputi pengiklanan, pendaftaran pelajar sehingga pelajar dipersijilkan.
Melaksana tugas mengajar dan menyelaras program latihan berdasarkan kepakaran dan ketetapan syarat pensijilan.
Mengumpul dan menyedia data serta draf bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri dan pihak berkepentingan, pengurusan infrastruktur dan peralatan, sistem penyampaian dan maklumat serta pemasaran promosi latihan.
Merancang dan melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tertakluk kepada peraturan, prosedur dan akta.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2381-01
Pengajar Latihan Kemahiran
2381-02
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV9
2381-03
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV10
2381-04
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV12
2381-05
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV13
2381-06
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV14
2381-07
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5, DV6, DV7, DV8
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.