Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2381-02
Bandingkan
Pegawai Latihan Vokasional Gred DV9 bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan kemahiran vokasional mengikut kurikulum latihan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) atau standard lain, yang meliputi pembangunan prasarana, pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat nasihat dan perundingan, pengurusan organisasi/ institusi, pematuhan tatacara, keselamatan dan kebersihan serta kerjasama strategik.
Tugasan
Membantu merancang pelaksanaan projek fizikal dan peralatan tertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Melaksanakan aktiviti mengumpul dan menyedia maklumat dan data bagi tujuan penggubalan dasar, prosedur, kaedah, panduan Sistem Penilaian Latihan dan keperluan latihan.
Membantu pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti, pemantauan, urusan peperiksaan dan pensijilan.
Melaksanakan program penandaarasan sistem penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan pembangunan tenaga pengajar dan penilaian kompetenan serta pembangunan kurikulum latihan dan standard kemahiran.
Menyedia dan melaksanakan program sepenuh dan separuh masa.
Membuat kajian dan laporan penilaian kemajuan, keberkesanan latihan dan cadangan penambahbaikan.
Menyelaras program Latihan Industri pelajar/pelatih serta membangunkan kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan.
Membangunkan kurikulum latihan dan dokumen penilaian berdasarkan NOSS atau standard lain yang telah ditetapkan.
Mengumpul dan menyedia maklumat keperluan pengurusan infrastruktur dan peralatan serta penyelenggaraan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran mewujudkan jaringan kerjasama dan mengendalikan rundingan dengan pihak berkepentingan.
Berkemahiran tinggi dalam komunikasi pelbagai hala.
Mempunyai daya kepimpinan organisasi.
Khusus
Berkebolehan mengenal pasti kecenderungan dan potensi pelajar atau pelatih dalam latihan kemahiran.
Berpengetahuan dalam aplikasi teknik mengajar termasuk pedagogi dan andragogi.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kemahiran mengikut pekerjaan berdasarkan NOSS atau standard lain.
Berpengetahuan dan berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, infrastruktur dan peralatan latihan kemahiran.
Berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran berkaitan pelaksanaan latihan kemahiran.
Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kaunseling, pengurusan organisasi atau institusi, teknologi maklumat, ekonomi dan sosial.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.