- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
23
Profesional Perguruan
Kumpulan Kecil
231
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2311-20
Bandingkan
Pensyarah Farmasi Gred Khas C
Pensyarah Farmasi Gred Gred Khas C bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, memberi perkhidmatan klinikal di farmasi hospital atau perkhidmatan di farmasi komuniti, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Tugasan
Menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.
Mengendalikan pengajaran sebagai tugas rasmi/hakiki staf, termasuk penyeliaan projek tahun akhir dan latihan amali.
Menjalankan tugas mengajar mengikut jadual dan beban tugas pengajaran yang ditetapkan, penyediaan dan pemeriksaan skrip peperiksaan, pengawasan peperiksaan dan menjadi penasihat kepada pelajar dalam hal akademik.
Memberikan perkhidmatan klinikal dan khidmat nasihat farmasi di hospital (termasuk pendispensan, kaunseling, Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), Therapeutic Drug Monitoring (TDM), Total Parental Nutrition (TPN), Drug Information Service, Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)) atau di farmasi komuniti (pendispensan, kaunseling, pengurusan stok).
Mengambil bahagian dalam kepimpinan akademik, pengiktirafan dan sanjungan, termasuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu, termasuk perundingan berbayar atau tidak berbayar, dan projek khidmat masyarakat.
Menjalankan khidmat kepada masyarakat di luar universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2311-01
Pensyarah
2311-02
Pensyarah Universiti Gred DS11
2311-03
Pensyarah Perubatan Gred DU13P
2311-04
Pensyarah Pergigian Gred DUG13P
2311-05
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-06
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-07
Pensyarah Farmasi Gred DUF11
2311-08
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 (Tenaga Pengajardi Politeknik dan Kolej Komuniti)
2311-09
Pensyarah Kanan (Universiti) Gred DS13
2311-10
Profesor Madya (Universiti) Gred DS14
2311-11
Pensyarah Perubatan Gred DU13
2311-12
Pensyarah Perubatan Gred DU14, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
2311-13
Pensyarah Kanan (Pergigian) Gred DUG13
2311-14
Profesor Madya (Pergigian) Gred DUG14
2311-15
Pensyarah Farmasi Gred DUF13
2311-16
Pensyarah Farmasi Gred DUF14
2311-17
Profesor (Universiti) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-18
Pensyarah Perubatan Gred DU15
2311-19
Profesor (Pergigian) Gred Khas C, Khas B, Khas A
2311-20
Pensyarah Farmasi Gred Khas C
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.