Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-05
Bandingkan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti) bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti pengurusan pelajar, pengurusan organisasi, pengurusan dasar, penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat, jaringan dan kolaborasi, serta pengurusan sumber manusia.
Tugasan
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, termasuk perancangan, penyediaan bahan, penyampaian teori dan amali, penilaian prestasi pelajar, dan penambahbaikan berterusan.
Melaksanakan dan memantau aktiviti kokurikulum, termasuk perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan penambahbaikan aktiviti.
Mengurus pengambilan, penempatan, dan hal ehwal pelajar, termasuk kebajikan, disiplin, latihan industri, peperiksaan, dan pengurusan akademik.
Mengurus kualiti organisasi serta kemudahan, termasuk aset, infrastruktur, peralatan, perisian ICT, kewangan, dan projek pembangunan.
Menganggotai dan mengurus jawatankuasa rasmi, seperti perolehan, kewangan, integriti, konvokesyen, dan jawatankuasa lain di peringkat dalaman atau industri.
Melaksana dan mengurus dasar serta perancangan strategik, termasuk pembangunan program, kurikulum, kokurikulum, infrastruktur, akses pendidikan, dan pelan jangka pendek serta jangka panjang.
Melaksanakan dan menyelaras penyelidikan, penerbitan, inovasi, dan pengkomersilan, termasuk penyelarasan dana serta program penyelidikan organisasi.
Mengurus jaringan dan kolaborasi industri, termasuk memorandum persefahaman, latihan, seminar, forum, khidmat runding, dan kerjasama penyelidikan serta pendidikan.
Melaksanakan aktiviti promosi, outreach, dan khidmat kepada institusi atau masyarakat, termasuk penglibatan dalam program rasmi dan pembangunan modal insan.
Mengurus sumber manusia organisasi, termasuk pengambilan, penempatan, pembangunan kerjaya, latihan, tatatertib, kebajikan, coaching, mentoring, dan penyelenggaraan pangkalan data.
Kemahiran
Asas
Kepimpinan dan penyeliaan.
Komunikasi.
Khusus
Bimbingan dan kaunseling.
Kemahiran ICT.
Pengurusan dan pentadbiran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.